Followers

Thursday 22 March 2012

Anak beranak USIM?


Setelah sangat lama tak menulis apa-apa dalam blog ni~~~~>(gara-gara lupa passport password,
Tu pun baru satu post je :p)
Mai nak cerita sikit pasal sebuah universiti baru yang
bakal ditubuhkan :UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (UIM).
Kawan-kawan semua ramai tanya ni cawangan baru USIM ke?huh..=.='
bila pulak beranak ni?



Memang tak diragui ramai yang selalu keliru dengan hubungan USIM dan USM,
jugak bakal keliru dengan UIM.
Secara geografinya, USM terletak kat Pulau Pinang, USIM di Nilai
manakala UIM yanga bakal menimang mahasiswa sulungnya pada bulan Jun ini
(kalau tak silap, dengar dalam TV3)
terletak di Cyberjaya. Tapi disebabkan kampus utamanya belum siap, UIM akan menumpang Institut  Latihan Islam Malaiysia (ILIM) Bangi, dan beberapa tempat lain sebagai kampus.


Kalau USIM dinaik taraf dari KUIM ke USIM,
UIM ni sebenarnya diupgrade dari  Kolej Islam Malaya (KIM).
Penubuhan UIM yang diputuskan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-222 pada 2010 adalah kesinambungan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada 1955, namun ditangguhkan pada 1970 kerana keperluan mendesak waktu itu untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu ke peringkat universiti.
 Imbasan lampau: KIM telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dan dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dengan nama Kolej Islam Kelang. Kolej Islam Kelang diangkat menjadi sekolah berasrama penuh pada 1972 dan ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah pada 1989.
Kalau sebut awal-awal KISAS mesti ramai da kenal.
Jadi dengan kata lainya KISAS dah jadi Universiti. Macam tu ke? Sebenarnya aku pun agak keliru =.='

Nak tahu lebih cari kat sini ~~~>KISAS
Kolej Islam Malaya

Ringkasan cerita:

Universiti Islam Malaysia (UIM) ni adalah UIM ni sebuah universiti penyelidikan berteraskan Islam akan ditubuhkan di bawah naungan Majlis Raja-Raja, di Cyberjaya, khusus bagi pelajar pasca siswazah yang terbuka kepada pelajar dalam dan luar negara.UIM akan dibangunkan di atas tanah seluas 40.5 hektar dengan struktur seni bina Islam dan istana Melayu termasuk pembinaan sebuah masjid serta menara jam sebagai lambang diraja.

Universiti ini mengutamakan siapa-siapa yang berpengalaman lagi pakar dalam bidang masing-masing untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai disiplin termasuk sains, kejuruteraan dan sains sosial, dan apa yang penting ianya berteraskan Islam. Special dan uniknya jumlah pelajar dihadkan kepada 1,000 orang dan mereka boleh memilih bahasa antarabangsa yang ingin digunakan dalam penulisan tesis untuk memudahkan perkongsian dokumen antara negara, namun sinopsis tesis mesti dalam Bahasa Melayu sebagai menghormati bahasa kebangsaan.

Apa yang penting, UIM bukan duplikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana ia adalah pusat penyelidikan khusus bagi pengajian Sarjana dan PhD serta sebagai penyambungan semula KIM yang ditubuhkan sebelum ini atas persetujuan Raja-Raja Melayu

Disamping tu juga, UIM juga menyediakan kursus pendek seperti dilaksanakan di Universiti Harvard, Cambridge, Oxford dan Al-Azhar berikutan permintaan kursus berkenaan dari dalam dan luar negara.

Hohoho~~ingatkan layak la aku kan masuk sini.
kene habiskan ijazah dulu la:)
Apa pun, setakat ni UIM belum disahkan lagi statusnya samada institusi pengajian awam atau pun swasta.
Oleh itu, Majlis UIM menyerahkan kepada pihak kerajaan untuk memutuskan UIM adalah IPTA ataupun IPTS dan penubuhan
rasminya akan dibuat dalam masa terdekat.


 
~aq bayangkan aq tulis tesis lam bahasa arab ..walawei~
~pusing~


Bergembira bersama USIM:))

Tuesday 19 April 2011

Pornography Typography 

 Sebenarnya aku ni sangat2 la naif tang2 typography ni..kalo photography ke,pornography ke pernah la dengar, jadi hasil bantuan encik GOogle dapat la aku menikmati typography....sumpah dowh..cun gile..aku da jatuh centha... 



jatuh centha lagi..




sempoi- typography art




Ini adalah resepi 





Asimo




Iklan tak nak rokok





don't take my heart





Saya tak de laptop





Tempramental





I am nerd..=.='






aku paling suka yang ni-basikal tua





A for Ayam

 

B untuk bunga..




boleh wat gulai...lapo3





Awek-Rihanna




Makhluk semot lagi ramai dari umat manusia






tulisan yang bisa dipaham





 
nganga mulot


kagum...arabic typo pun ada lorh



hate love


ABC + Kretif  = typography



nyamyam..askrem ABC-Z



layan sampai muntah~~~




satu




Siapa dia orang arab





hey comel ^.^





tentera bergajah




 أنا نمر




mengucap





the beauty of arabic typo





khat nasah?





انا نمر ليس زرد






alif ba ta



alif ba ta gak


lapa



saya burung merpati-kebebasan





tak reti nak baca





                              ABC Vs ا ب ت 




THE MARS VOLTA



gilew typo




Syahid tak?
 Berdasarkan gambo-gambo kat atas ni..
dapat la disimpulkan bahawa typography adalah seni dan teknik menyusun huruf.
Perkataan typography tu sendiri berasal dari perkataan greek
τύπος(typos) = bentuk dan γραφή(graphy) = tulisan


Best kan...kalau korang tak puas hati lagi, sila la tekan incik GOogle dan tengok puas-puas.
Hurmm..disamping tu post ni khas untuk WERA  
selaku satu-satunya orang halus seni dalam anak beranak kami.



p/s: kalau korang suka mende2 seni ni..sila la panjat Galeri Petronas kat KLCC yang sentiasa menyajikan seni yang pelik-pelik. Aku banyak kali pergi da :p